TERKINI

Buang pil khayal Eramin 5: Remaja ditahan

Buang pil khayal Eramin 5: Remaja ditahan

14/06/2012 11:42am

KUALA LUMPUR Bagi mengelakkan dirinya ditahan bersama pil khayal, seorang remaja lelaki bertindak membuang pil berkenaan selepas menyedari terdapat sekatan jalan raya kira-kira 100 meter di hadapannya.

Ketua Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, ASP Azmi Wahid berkata, remaja itu yang menunggang motosikal dilihat telah mencampakkan sesuatu di tepi jalan sebelum beberapa anggota berjaya menjumpai dua biji pil khayal jenis Eramin 5 di tepi jalan berkenaan.

"Kita tahan remaja berkenaan dan selepas disoal beberapa kali baru dia mengaku telah membuang kedua-dua biji pil itu kerana takut jika dia ditahan bersama pil khayal terbabit dan dia juga mengaku baru mengambil pil itu kira-kira tiga minggu lepas.

"Remaja itu juga dikatakan baru sahaja mengambil motosikal ibunya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bentong sebelum dibawa ke rumahnya di Sentul, katanya kepada pemberita sewaktu operasi Ops Samseng di sini, semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap remaja terbabit didapati dia tidak memiliki lesen dan tiada cukai jalan serta ujian saringan air kencing juga didapati dia positif dadah jenis ganja. BERNAMA

Varia!»

Bertakbir dari rumah ke rumah

SETIAP kumpulan takbir mengunjungi hampir 20 buah rumah pada satu malam. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16