TERKINI

Pendaki kecewa gagal tawan Gunung Everest

Pendaki kecewa gagal tawan Gunung Everest

09/06/2012 5:19pm

TAWAU — Pendaki Gunung Everest bagi Ekspedisi Gemilang Everest 2012 hari ini melahirkan rasa kecewa dan hampa apabila gagal menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Ketika menceritakan pengalamannya, Azlan Jumaan, 38, yang menyertai projek Ekspedisi Everest Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2012 itu berkata, ketika dalam perjalanan pendakian, anggota kumpulan dikhabarkan tentang penemuan berpuluh-puluh mayat daripada kalangan pendaki mahupun pemandu pendaki.

"Pendakian kami telah hampir ke kemuncak, iaitu kira-kira 300 meter sahaja lagi sampai kemuncak, tiba-tiba kami diarah turun.

"Kami dimaklumkan ada mayat di laluan pendakian itu telah bertahun-tahun di situ, tidak dibawa turun kerana faktor pembiayaan untuk membawa turun terlalu mahal,” katanya selepas diperkenalkan kepada Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan pada majlis pelancaran Ekspo Pertanian di sini hari ini.

Azlan, yang berasal dari Tawau, merupakan anak pertama dari Sabah yang diberi peluang menyertai ekspedisi itu daripada kesemua enam anggota lain dari Sarawak, Melaka, Kedah, Pahang dan Kelantan.

Beliau berkata, ekspedisi yang bermula pada Mac lepas terpaksa dihentikan separuh jalan pada bulan lepas atas faktor keselamatan.— BERNAMA

Rencana Utama!»

Persiapan warga emas hadapi banjir

PAK LEH yang tinggal di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumboh, Kampung Pasar Lama, Kota Bharu, Kelantan menunjukkan jarak sungai dengan rumahnya yang terlalu hampir.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15