TERKINI

Bengkel curi air, Syabas rugi lebih setengah juta

Bengkel curi air, Syabas rugi lebih setengah juta

07/06/2012 9:52pm

PELABUHAN KLANG Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerugian lebih RM500,000 gara-gara perbuatan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Banting, Pandamaran di sini, yang mencuri air sejak 2007.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, kes itu dikesan susulan aduan orang awam diikuti siasatan sejak dua minggu lepas di kawasan perindustrian berkenaan.

Siasatan mendapati pengusaha bengkel membuat sambungan secara haram sepanjang 300 meter dari paip saliran utama Syabas, dan menyembunyikan sambungan dengan menanamnya dalam tanah, katanya kepada pemberita selepas operasi pemotongan bekalan air ke premis itu, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bengkel itu telah beroperasi sejak lebih 10 tahun membabitkan aktiviti membaiki kenderaan seperti lori dan kereta.

Perbuatan tidak bertanggungjawab pengusaha bengkel menyebabkan berlaku gangguan bekalan air serta kehilangan Air Tak Berhasil (NRW) yang tinggi di kawasan itu, katanya. BERNAMA

Varia!»

Selera Malaysia di Manchester

MENU Malaysia di Ning telah disesuaikan mengikut selera rakyat Eropah.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16