DUNIA

Zuckerberg disaman kes saham Facebook

Zuckerberg disaman kes saham Facebook


GAMBAR menunjukkan paparan harga saham Facebook di bangunan NASDAQ Marketsite, New York kelmarin.


NEW YORK - Beberapa pelabur mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg (gambar kecil) mengetahui lebih awal bahawa saham laman jaringan sosial berkenaan adalah terlebih nilai, lapor akhbar Herald Sun semalam.

Dakwaan mereka yang dikemukakan dalam satu saman baru-baru ini turut menyatakan Zuckerberg menjual sebahagian besar saham Facebook sebelum harga saham tersebut menjunam di bursa AS.

Menurut laman berita hiburan TMZ, saman itu mendakwa bahawa Zuckerberg menyembunyikan maklumat daripada kebanyakan pelabur bahawa model perniagaan Facebook tidak cukup kukuh bagi memperoleh pendapatan pengiklanan untuk menyokong tawaran awam pada nilai AS$38 (RM121.55) sesaham.

Saman berkenaan mendakwa bahawa bank Morgan Stanley, J.P. Morgan Chase dan Goldman Sachs telah memberi amaran kepada Zuckerberg bahawa Facebook telah dinilai terlalu tinggi.

Namun, maklumat tersebut hanya didedahkan kepada kelompok pelabur Facebook terbesar sahaja.

Saham Facebook susut hampir 30 peratus sejak mula diniagakan di bursa saham AS dengan harga AS$38 (RM120) pada 18 Mei lalu.

Kelmarin, saham Facebook merosot AS$0.82 (RM2.58) kepada AS$26.90 (RM84.96). - Agensi

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 31