TERKINI

Lelaki dikehendaki polis ditahan

Lelaki dikehendaki polis ditahan

05/06/2012 7:23pm

JOHOR BAHRU 5 Jun Seorang lelaki yang dikehendaki polis Negeri Sembilan berkaitan kes samun, pecah rumah dan mencuri kenderaan ditahan di sini Sabtu lalu.

Dia yang berumur 31 tahun ditahan setelah kereta BMW yang dipandunya di Jalan Tebrau dekat Taman Pelangi di sini terbabas ketika melarikan diri dari polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Zainuddin Yaacob berkata, turut ditemui dalam kereta yang sebelum ini dilaporkan hilang di Port Dickson, Negeri Sembilan itu ialah dua buah komputer riba, sebuah kamera dan sebuah mesin pencetak yang dipercayai hasil samun dan curi.

Turut ditemui ialah empat keping nombor pendaftaran kenderaan, sembilan rangkai anak kunci serta pelbagai jenis peralatan pecah rumah dan mencuri kenderaan.

Zainuddin berkata, suspek juga didapati positif dadah methamphetamine.

"Suspek mempunyai 14 rekod jenayah lampau melibatkan kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan di Negeri Sembilan dan Johor Bahru. Dia kini ditahan reman selama empat hari bermula Ahad lalu, katanya. BERNAMA

Rencana Utama!»

Ambil masa sehari proses serunding

SEBANYAK 160kg serunding daging dihasilkan pada bulan Ramadan berbanding 120kg pada hari-hari biasa.

Varia!»

Cegah penyakit batu karang

SISTEM penghadaman kucing amat berbeza daripada manusia dan haiwan itu tidak boleh diberi makan ikan, nasi atau makanan pedas. -Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16