SUKAN

Pendamai FC mangsa amukan Frenz Merah

Pendamai FC mangsa amukan Frenz Merah


PEMAIN Frenz United Merah (jersi merah) melepaskan sepakan kencang pada aksi menentang Pendamai FC, Jumaat lepas. Frenz menang 18-0.


PENDAMAI FC menjadi mangsa amukan Frenz United Merah yang berpesta gol pada saingan Piala Frenz 2012 Bawah 14 tahun, Jumaat lalu.

Kemenangan 18-0 di Stadium INSPEN, Bangi itu memastikan Frenz United Merah muncul juara Kumpulan D dengan penuh gaya apabila mengumpul 44 gol tanpa bolos.

Empat pemain Frenz United Merah mencatat hatrik, dengan kapten Mohd. Na'aim Abdul Razak dan Muhammad Akmal Nasir masing-masing meledak empat gol, manakala Masir Lausing dan Shafiq Heelmi Zainol Fikri menyumbat tiga gol setiap seorang.

Melengkapkan pesta gol pasukan akademi dari Janda Baik itu ialah Hafizuddin Md Zuki (dua gol), Abdul Rahman Ismawi dan Amirul Adam Saarani.

Tampil penuh semangat selepas berjaya mengikat pasu- kan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail dari Bandar Penawar 1-1 dua minggu lalu, Frenz United Merah langsung tidak menunjukkan sebarang simpati kepada Pendamai FC.

Seawal minit pertama lagi Akmal menghukum kealpaan benteng Pendamai FC dan pintu gol kelab dari Subang itu bocor pada setiap minit.

Akmal menjaringkan gol pada minit kedua, ke-26 dan ke-35.

Naim pula meledak empat gol pada minit ketiga, ke-29, ke-39 dan ke-41.

Enggan ketinggalan menggegar gawang lawan yang dianggap 'lauk', Masir menyumbat gol pada minit ke-30, ke-44 dan ke-54.

Shafiq Heelmi pula mencatat hatriknya pada minit kelima, ke-31 dan ke-51.

Dalam saingan Kumpulan B pula, Mont Kiara FC menghidupkan kembali peluang untuk mara ke suku akhir apabila menewaskan Akademi MBPJ 4-2.

Akademi MBPJ bermula garang apabila Ahmad Haziq Zambry meletakkan mereka di depan pada minit ke- 17 melalui rembatan dari luar kotak penalti. Tersentak dengan jaringan pendahuluan lawan, Mont Kiara bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan Muhammad Talhah Rosli.

Sebelum tamat babak pertama, Akademi MBPJ mendahului hasil sepakan lencong Nur Irfan Syafiq Norham Razali pada minit ke-28 tetapi hatrik Muhammad Idzuan Abdullah pada minit ke-43, ke-46 dan ke-57 meleburkan harapan MBPJ.

Dalam Kumpulan C, Frenz United Biru membelasah pasukan Projek 11 dari Shah Alam 7-0 hasil jaringan Haiqal Rostam (dua), Akhmar Haiqal Azhar (dua), Muhammad Ad- Deen Zahalan, Hafizuddin Bustaman dan Aidiel Nuriman Nekmat.

Rencana Utama!»

Bandar raya paling selesa di dunia

MASJID Jamek Kuala Lumpur serta kawasan sekitarnya turut akan menjalani proses transformasi menerusi pelan Greater KL.

Varia!»

Cubaan pinggirkan bahasa Kantonis

BERMULA 1 September lalu, Guangdong TV telah menggantikan rancangan berbahasa Kantonis dengan Mandarin.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0