HIBURAN

Selebriti orang ketiga

Selebriti orang ketiga

KEBELAKANGAN ini beberapa nama selebriti Indonesia disebut-sebut sebagai perosak rumah tangga. Ada juga percintaan diganggu wajah-wajah popular sehingga menyebabkan berlakunya kecurangan. Berikut merupakan beberapa artis Indonesia yang disebut sebagai orang ketiga.

1. Nikita Mirzani

Aktres cantik ini muncul dengan berita yang mengejutkan apabila tiba-tiba mengaku dirinya pernah curang dengan Indra Birowo yang merupakan rakan sekerjanya dalam program Kakek-kakek Narsis. Berita ini mengejutkan dan menjadi besar sehingga akhirnya Indra dan isterinya muncul menafikan dakwaan Nikita.

2. Audy Item

Jarang-jarang sekali Audy muncul dengan berita percintaan setelah putus dengan bekas pemain dram Dewa 19, Tyo Nugros. Terbaharu, nama Audy disebut sebagai penyebab kepada berakhirnya percintaan Iko Uwais dan Jane Shalimar. Jalinan cinta sejak dua tahun antara Iko dan Jane nampaknya terputus di tengah jalan. Namun Audy dan Iko mengaku baru mengenali dan mendekati setelah Iko putus cinta dengan Jane.

3. Mulan Jameela

Dikurniakan dengan tiga cahaya mata tidak dapat membuatkan hubungan Ahmad Dhani dan Maia Estianty diselamatkan. Nama penyanyi Mulan Jameela disebut sebagai punca kepada kehancuran rumah tangga Dhani yang sudah lama terbina itu. Hingga kini, penyanyi Makhluk Tuhan Paling Seksi tersebut tidak membuka mulut memberi komen terhadap berita tersebut.

Rencana Utama!»

Rendang Padang menu sahur, berbuka

Hidangan rendang menjadi juadah bersahur dan berbuka puasa yang popular di Padang, Indonesia sepanjang bulan Ramadan.

Pesona!»

Pesta raya di pusat beli-belah

Seni bina Morocco menceriakan suasana di pusat beli-belah IOI Putrajaya.

Varia!»

Bantu gelandangan berbuka puasa

Seorang sukarelawan memberi makanan kepada gelandangan sekitar Pudu, Kuala Lumpur.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31