DIVA INTERAKTIF
Stesen radio minta duit kopi
DULU Diva memang pernah dengar cerita perihal budaya minta duit kopi untuk mempromosikan seseorang artis atau kumpulan. Tapi itu cerita lama.
Baru-baru ini, Diva dengar yang resam 'duit kopi' kembali diamalkan oleh sebuah stesen radio swasta terkenal. Lebih mengejutkan apabila duit kopi yang diminta itu mencecah RM10,000. Banyak betul tu!
Diva dengar juga ada artis yang sudah bayar pendahuluan tetapi lagunya masih belum ke udara di radio. Kalau macam tu macam mana lagu-lagu atau artis-artis baharu nak naik dan maju.
Sudahlah sekarang ni ramai artis keluar modal sendiri untuk buat lagu baharu, ini nak kena bayar duit kopi yang mencecah beribu-ribu ringgit.
Diva harap budaya begini tidak berterusan. Kalau tak nanti memang matilah dunia hiburan kita. Masing-masing ada tugas tersendiri dalam kerjaya. jangan sampai nanti radio tersebut diboikot artis dan karyawan tempatan sudahlah.
Diva: Dengar cerita sebuah penganjur kutuk grup terkenal hanya kerana tahap profesionalisme yang rendah.
Varia!»

Bantu golongan muda miliki rumah
HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.





Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

