TERKINI

Hujan punca tanah runtuh, banjir di Georgetown

Hujan punca tanah runtuh, banjir di Georgetown

01/06/2012 6:20pm

GEORGE TOWN Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak pukul 4.30 pagi tadi di sini telah mengakibatkan berlaku kejadian tanah runtuh di Mount Erskine dan Tanjung Bungah.

Pegawai Kanan II Balai Bomba Bagan Jermal, L. Sivalingam berkata, kejadian pukul 10 pagi itu, mengakibatkan tembok penahan tanah di Jalan Bagan Jermal, Mount Erskine runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah milik salah seorang penduduk di situ.

"Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan terbabit dinasihatkan supaya berpindah untuk sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan serius dilaporkan.

Tinjauan mendapati beberapa jalan utama di kawasan Jalan P.Ramlee, Kampung Makam, Jalan Perak, Jalan Sungai Pinang, Jalan Logan, Jalan Anson dan Jalan Patani dilanda banjir kilat sehingga tengah hari tadi.

Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Daerah Timur Laut, Noor Mohd Saidi Noor Lajis berkata paras air sehingga satu meter bermula pukul 6.30 pagi tadi.

"Lebih 300 keluarga terjejas banjir namun tiada arahan berpindah dikeluarkan kerana keadaan masih terkawal dan banjir juga telah surut, katanya.

Bencana itu juga telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas luar biasa di sekitar pusat bandar raya ini sehingga pukul 3 petang tadi. BERNAMA

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 32