SUKAN

Venus ikut jejak langkah adik

Venus ikut jejak langkah adik


SERENA tersingkir pada pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Perancis kelmarin.


PARIS - Bekas naib juara, Venus Williams mengikut jejak langkah adiknya, Serena apabila tersingkir awal pada Kejohanan Tenis Terbuka Perancis kelmarin.

Venus, juara tujuh kali gelaran Grand Slam, tunduk kepada pemain pilihan ketiga, Agnieszka Radwanska 2-6, 3-6 pada hari kelima pertandingan di Roland Garros itu.

Serena, selaku juara 2002 yang tewas mengejut 4-6, 7-6 (7/5), 6-3 pada pusingan pertama kepada pemain Perancis, Virginie Razzano, berada di tempat duduk penonton ketika menyaksikan kekalahan kakaknya itu.

Peminat sukan tenis pastinya merasai kehilangan dua pemain Amerika Syarikat (AS) yang memiliki karakter tersendiri itu.

Sebelum ini, Terbuka Perancis telah menyaksikan dominasi pasangan adik-beradik Williams sejak penyertaan mereka pada 1997, kecuali edisi tahun lepas yang mana kedua-duanya meng- alami kecederaan.

Mereka juga pernah beraksi di pentas final 2002 yang mana Serena muncul juara.

Susulan kekalahan kelmarin, Venus menjelaskan dalam sidang akhbar bahawa dia masih lagi berusaha menyesuaikan kehidupannya setelah menghidapi Sindrom Sjogren, penyakit yang berkaitan dengan sistem imuni- sasi.

"Ada ramai lagi orang yang mengalami situasi lebih teruk daripada saya. Saya masih lagi boleh bermain selaku pemain profesional.

"Saya masih belum sampai ke tahap putus asa, saya harap tidak akan berasa begitu. Saya tidak akan biarkan perasaan sedih menghantui saya," kata bekas pemain No. 1 dunia itu.

Aksi pusingan ketiga kelmarin turut menyaksikan pilihan kelapan yang juga pemain tuan rumah, Marion Bartoli tumpas 2-6, 6-3, 3-6 kepada Petra Martic dari Croatia.

Pemain No. 1 dunia, Victoria Azarenka turut meneruskan kemaraan selepas menewaskan pemain kelayakan dari Jerman, Dinah Pfizen- maier 6-1, 6-1. - Reuters

Infiniti!»

Berjaya eratkan silaturahim

PEMBERIAN buah tangan atau oleh-oleh mampu mengeratkan silaturahim antara pemberi dan penerima.

Varia!»

Inovasi penggendong bayi

KAIN bedung Ergobaby Swaddler membuatkan tidur bayi lebih lena dan lama.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32