KOMUNITI KITA

ERL sambut ulang tahun operasi ke-10

ERL sambut ulang tahun operasi ke-10


BEBERAPA kakitangan ERL melakukan persembahan sempena menyambut ulang tahun ke-10 perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit di Kuala Lumpur baru-baru ini.


MENARIK. Kakitangan pengendali khidmat kereta api berkelajuan tinggi Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) telah mengadakan persembahan dengan cara tersendiri bagi meraikan ulang tahun ke-10 ERL di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis itu dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif ERL, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Dalam ucapannya, Nadzmi berkata, ERL akan menambah waktu perjalanan keretapi transit daripada dua kepada tiga perjalanan pada setiap jam.

Dalam perkembangan lain, pengguna ERL juga boleh mendapat baucer sebanyak RM10 yang boleh digunakan untuk membeli barangan di kedai Eraman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sempena sambutan ulang tahun yang diadakan selama tiga bulan bermula Mei ini.

Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat berhubung baucer berkenaan boleh melayari laman web di www.kliaexpress.com.

Varia!»

Ketokohan Bapa Perbankan Islam

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kanan) menyampaikan Anugerah Diraja Kewangan Islam kepada Abdul Halim di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31