HIBURAN

Syahrini pamer cincin

Syahrini pamer cincin


PERHUBUNGAN antara Syahrini (kanan) dan Bubu kini menjadi buah mulut khalayak dua negara.


PENYANYI seksi yang sering tampil dengan cerita panas, Syahrini mempamerkan sebentuk cincin berlian baharu berbentuk hati yang dipercayai pemberian kekasihnya, Bubu.

Syahrini dirakam memakai cincin itu ketika dia sedang memberikan sidang akhbar kepada media Indonesia mengenai hubungannya dengan Bubu, lelaki dari Malaysia di Royal Hotel, Bogor baru-baru ini.

"Dia memberikan cincin ini kepada saya pada Februari lalu," kata Syahrini bangga sambil memperagakan cincinnya.

Syahrini berkenalan dengan Bubu sewaktu mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada Disember 2010.

"Dia (Bubu) merancang dengan temannya dan membikin sejambak bunga berbentuk hati serta memasak makan malam untuk saya. Dia memberikan cincin sebagai tanda dia serius," jelas Syahrini tentang cerita cintanya dengan lelaki Malaysia yang sedang hangat diperkatakan.

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. Gambar hiasan

Process time in ms: 47