NEGARA

Sasar tingkat 10 peratus setahun

Sasar tingkat 10 peratus setahun


GENERASI muda didedahkan dengan pendidikan interaktif bagi membentuk masyarakat tahu hak pengguna. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Kerajaan menyasarkan tahap pengetahuan orang ramai mengenai hak pengguna meningkat sebanyak 10 peratus setiap tahun bagi menjadikan rakyat Malaysia dapat melaksanakan perlindungan kendiri menjelang tahun 2020.

Timbalan Ketua Setiausaha Kepenggunaan dan Pengurusan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datin Mahani Tan Abdullah berkata, perlindungan kendiri ialah kemampuan rakyat untuk melaksanakan perlindungan pengguna sejajar menjadi penduduk sebuah negara maju.

"Ke arah menjadi sebuah negara maju, masyarakat perlu menterjemahkan hak pengguna dalam bentuk tindakan.

"Oleh itu, pengguna di Malaysia perlu mampu melaksanakan perlindungan kendiri manakala peniaga pula berupaya menjalankan kawal selia kendiri bagi memastikan mereka menepati hak pengguna," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mahani memberitahu, kajian terkini yang dilaksanakan KPDNKK pada tahun 2009 mendapati tahap pengetahuan rakyat Malaysia mengenai hak pengguna pada waktu itu cuma sebanyak 58 peratus dengan peningkatan yang kecil iaitu satu peratus.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kita hanya ada 1,500 ekor tapir

Kurungan perlu dibersihkan setiap hari bagi memastikan tapir bebas daripada sebarang risiko dijangkiti penyakit.

Horizon!»

Cahaya memukau peneman larian

RIBUAN peserta daripada pelbagai peringkat umur mengambil bahagian dalam acara larian kali ini.

Varia!»

Keghairahan mengejar kejayaan akademik

PENDIDIKAN anak-anak merupakan perkara yang sangat penting bagi setiap ibu bapa. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31