TERKINI

Kes culik murid tahun tiga di P.Pinang selesai

Kes culik murid tahun tiga di P.Pinang selesai

18/05/2012 6:37pm

BUKIT MERTAJAM — Polis percaya kes penculikan kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang Isnin lepas selesai selepas penahanan seorang wanita yang juga suspek utama kurang dari 24 jam selepas kejadian berlaku.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt. Baharudin Mustapha berkata, berdasarkan siasatan terhadap wanita berusia 23 tahun yang juga rakan kepada ibu kanak-kanak itu, dia bertindak menculik T. Purani secara bersendirian berikutan dendam terhadap keluarga mangsa.

"Polis yakin kes ini selesai dengan penahan wanita terbabit, kerana berdasarkan siasatan, hanya dia seorang yang menculik kanak-kanak itu tanpa dibantu oleh sesiapa.

"Dia akan direman sehingga esok bagi membantu siasatan menurut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Purani, murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Perai dilapor diculik berikutan dia tidak pulang ke rumah selepas habis sekolah Isnin lepas.

Kejadian itu disedari nenek mangsa lalu memberitahu kepada ibu mangsa yang kemudianya membuat laporan polis.

Difahamkan suspek turut meminta wang tebusan berjumlah RM24,850 daripada keluarga mangsa jika mahu kanak-kanak terbabit selamat. — BERNAMA

Varia!»

Berhutang dalam Islam

ISLAM tidak melarang umatnya berhutang tetapi perlu melalui kontrak yang berlandaskan syarak.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31