NEGARA

Peluang berjimat di lebuh raya

Peluang berjimat di lebuh raya


PENGGUNA lebuh raya selepas ini boleh berjimat apabila beberapa syarikat konsesi mencadangkan pemansuhan atau pengurangan kadar tol bagi mengurangkan beban rakyat. - Gambar hiasan


TAMPIN - Beberapa buah syarikat konsesi telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi memansuhkan atau mengurangkan kadar tol di beberapa buah lebuh raya untuk meringankan beban pengguna jalan raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, cadangan lain ialah membekukan kenaikan kadar tol dan mengekalkan kadar tol sedia ada untuk tempoh yang lebih lama.

"Kesemua cadangan itu akan dinilai oleh kementerian bersama Lembaga Lebuh Raya Malaysia serta dibincangkan di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi negara sebelum dirujuk kepada Kabinet.

"Cadangan-cadangan ini juga akan dinilai secara berasingan kerana ia perlu bersesuaian dengan kemampuan kerajaan selain mengelak syarikat-syarikat konsesi rugi kerana mereka juga perlu jaga kepentingan perniagaan serta pemegang saham masing-masing," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Keluarga Kem Syed Sirajuddin Bersama Warga Tampin di Gemas dekat sini semalam.

Shaziman bagaimanapun enggan memberitahu jumlah dan nama syarikat konsesi yang menghantar cadangan itu kerana ia masih dikaji.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 46