TERKINI

Biasiswa RM5.8j Limkokwing untuk pelajar india

Biasiswa RM5.8j Limkokwing untuk pelajar india

02/05/2012 6:04pm

CYBERJAYA Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing (Limkokwing) telah memperuntukkan RM5.8 juta kepada pelajar Malaysia keturunan India mengikuti pengajian lepasan ijazah dan diploma di universiti itu.

Naib Presiden Kanan (Pembangunan Korporat) universiti berkenaan, Datuk Gail Phung berkata, jumlah itu termasuk RM850,000 sebagai tambahan 20 biasiswa penuh tahun ini iaitu 10 bagi lepasan ijazah dan 10 bagi pengajian diploma bermula 21 Mei ini.

Ketika ini, katanya, seramai 70 pelajar India mengikuti pengajian sejak 2010 iaitu 40 yang menerima biasiswa penuh dan 30 menerima biasiswa sebahagian bernilai RM3.8 juta.

"Sehingga kini Yayasan Kecemerlangan Kreatif Limkokwing telah menawarkan biasiswa bernilai lebih RM50 juta, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Gail berkata, sejak awal tahun ini, yayasan tersebut telah memberi biasiswa bernilai RM15 juta kepada 700 pelajar baharu mengikuti kursus kreatif antaranya teknologi multimedia, fesyen, bidang penyiaran dan kewartawanan. BERNAMA

Rencana Utama!»

Tingkatkan pendapatan penternak

PROGRAM Pembangunan Tenusu di Vietnam bertujuan untuk mengoptimumkan keuntungan.

Pemotoran!»

HLYM kukuhkan saingan motosikal kuasa tinggi

CH Ng (tengah) bersama dua pelumba pasukan Yamaha MotoGP turut menyertai majlis pelancaran model MT-07 di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Horizon!»

Percutian santai di bumi Perlis

PARA pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makanan kepada burung unta di Taman Agro-Lancong.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47