HIBURAN

Teater rompak kedai emas

Teater rompak kedai emas


TEATER Rompakan Bersepadu bakal dizahirkan oleh (dari kiri) Rayza, Fasyali, Aloy, Aman, Mustaqim dan Shyrudin.


TEATER dengan judul Rompakan Bersepadu merupakan sebuah projek yang akan dipentaskan secara bersiri. Setiap siri bakal memperlihatkan kesinambungan jalan cerita, pembangunan karakter serta konsep dan genre.

Diilhamkan sejak tahun 2009, hanya pada tahun ini hasrat dan idea itu direalisasikan oleh Paradoks Productions. Untuk pementasan pertama, Rompakan Bersepadu akan dipentaskan selama empat hari bermula 3 Mei ini pada pukul 8.30 malam di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sebagai permulaan, siri ini akan bermula dengan teater yang berjudul Rompakan Bersepadu Episod Satu - Plan B. Jika berjaya, projek ini akan berlanjutan hingga siri ketiga.

"Idea untuk mementaskan teater dalam bentuk trilogi timbul pada tahun 2009 lagi. Tapi hasrat itu saya simpan dulu kerana saya fikir pada masa itu, mungkin saya perlu kumpul pengalaman untuk menjayakannya. Tambahan pada masa tersebut, yang datang hanya idea pembuatannya saja tetapi bentuk dan konsep serta jalan cerita masih kabur," ujar Aloy yang merupakan penulis dan pengarah teater itu.

"Pada awal tahun 2012, saya bersama Fasyali Fadzly, Rayza Mukmin dan Shyrudin berlakon dalam satu projek filem pendek untuk menyertai tayangan luar negara. Idea untuk membuat filem pendek Tikamitu datang secara mendadak apabila Razaisyam Rashid mengarahnya pulang bercuti di Malaysia selama dua hari. Kemudian Nazri M. Annuar terus menghasilkan skripnya dan kami lakukan penggambaran.

"Konsep filem berkenaan telah dianggap hak milik semua yang terlibat, dan setiap orang diberi peluang untuk mengadaptasikannya dalam bentuk lain. Bermula daripada detik itu, saya terfikir untuk membikinnya dalam versi teater pula. Jadi saya terus menulis skrip untuk naskhah teater. Apa yang pasti, ia sama sekali berlainan daripada versi filem pendek tetapi masih mengambil intipati yang sama," terang Aloy tentang asal usul teater yang mendapat sentuhan ramai aktivis teater yang sedang aktif sekarang.

Sebagai informasi, teater Rompakan Bersepadu mengisahkan perihal lima orang perompak semi profesional yang merancang untuk merompa sebuah kedai emas. Halim menjadi perancang utama dan mengetuai empat lagi rakan-rakanya iaitu Nizam, Jumat, Zul dan Dani.

Serbuan polis membuatkan mereka terpecah kepada beberapa kumpulan lain. Setiap kumpulan membawa satu beg sarat berisi emas hasil rompakan. Halim lari menyorok di dalam lombong selama beberapa jam. Jumat pula terkena tembakan, manakala Nizam cuba untuk berpaling tadah. Halim dan Zul saling mencurigai satu sama lain.

Semua yang dirancang seolah-olah sudah bertukar. Namun tanpa mereka sedar, di sebalik semua perancangan yang menjadi kucar-kacir itu, ada yang tidak dirancang berlaku. Siapa yang menjadi perancang dan adakah ia berjaya, ini adalah debaran yang perlu dilalui oleh para penonton.

"Dalam pementasan ini, saya sengaja memilih mood suram dan rentak lakon yang perlahan. Ini kerana kebanyakan teater-teater berunsur jenayah sebelum ini, lazimnya saya lihat cenderung untuk menjadi sebuah teater yang bising dan kecoh. Jadi kali ini saya cuba untuk mengambil pendekatan senyap. Cabarannya ialah ini merupakan kali pertama saya arahkan teater aliran realisme, dan cuba bereksperimen dengan gerak lakon yang perlahan itu.

"Bagi mendapatkan mood suram juga, saya elakkan penggunaan lampu-lampu pentas seperti profil atau parken. Sebaliknya hanya beberapa biji mentol kuning yang biasa kita gunakan di rumah," ulas Aloy.

Rencana Utama!»

Sambal bilis ibu juadah istimewa Mohd. Faiz

MOHD. FAIZ SUBRI menerima ucapan tahniah daripada bintang bola sepak Brazil, Ronaldo selepas memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland,malam kelmarin. AFP

Horizon!»

Kolam mandi kanak-kanak pertama DBKL

Kolam mandi kanak-kanak mampu memuatkan sehingga 100 orang dalam satu-satu masa.

Process time in ms: 31