PESONA

Kaedah KASEH teras tadika UIAM

Kaedah KASEH teras tadika UIAM


AKTIVITI melukis mampu meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.


KAEDAH KASEH menjadi tunjang pembelajaran di sebuah tadika yang baru sahaja dibuka pada awal tahun ini. menerima respons yang positif daripada golongan ibu bapa, ia menyediakan persekitaran yang kondusif selain berkonsepkan Islam.

Begitupun, Tadika Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut memenuhi aspek sosial, emosi dan keperluan rohaniah setiap kanak-kanak.

Pengarah Urusannya, Azlina Affandi berkata, pihaknya kini menguruskan kira-kira 32 orang murid di tadika tersebut.

“Di sini, mereka bukan sahaja diajar bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik malah bahasa Arab serta Mandarin,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

KASEH adalah akronim kepada Knowledge (Ilmu), Attitude (Sikap), Skill (Kemahiran), Emotion (Emosi) dan Habit (Tabiat).

Mengulas lanjut, beliau memberitahu objektif penubuhan tadika itu adalah bagi membuka peluang kepada kanak-kanak agar mahir bertutur bahasa Arab di samping lancar membaca al-Quran.

Dalam pada itu, untuk permulaan, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada pengenalan huruf asas selain memberikan mereka lebih ruang untuk bermain. Kanak-kanak itu diberi kebebasan dan kemahiran untuk berfikir, meluahkan idea dan turut serta dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Dengan terbentuknya proses penerapan itu, ia akan membuka ruang kepada seseorang kanak-kanak untuk belajar dengan penuh minat.

Personaliti kanak-kanak


KONSEP bermain dan belajar secara interaktif sudah lama terbukti mampu melonjakkan keupayaan kanak-kanak dalam berfikir, bertutur serta bertindak.


Peringkat seterusnya adalah tumpuan terhadap aktiviti menulis, mengeja, membaca, bertutur, melukis dan bergaul.

Seterusnya, dalam meningkatkan lagi keupayaan minda mereka, subjek seperti drama, teater, lukisan dan muzik juga diterapkan dalam persekitaran pembelajaran di pusat ini.

Dalam pada itu, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan itu membantu kanak-kanak menjadi lebih fokus, disiplin, berani dan belajar bergaul sesama sendiri.

Tidak cukup dengan itu, murid-murid di situ juga diajar mengenai cara-cara mendirikan solat dengan betul dan dipraktikkan sepanjang berada di tadika berkenaan.

Tambah beliau, tadika itu dibuka kepada kanak-kanak yang berusia antara empat hingga enam tahun dan mempunyai dua sesi persekolahan.

Sesi pertama bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari manakala sesi kedua mulai 8 pagi hingga 6 petang. Untuk keterangan lanjut, talian 016-357 5167 boleh dihubungi.

Stailo!»

Rentasan karier Anaabu, Nur Safira

Nur Safira dan Ana ialah bakat mentah industri fesyen yang masih digilap keistimewaannya.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16