TERKINI

500 penumpang komuter terperangkap

500 penumpang komuter terperangkap

10/04/2012 2:35am

KUALA LUMPUR Kira-kira 500 penumpang Komuter KTM terperangkap apabila tren yang dinaiki mengalami kerosakan ketika berada di laluan berhampiran Bank Rakyat di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, seorang wanita cedera ringan selepas cuba menyelamatkan diri dengan terjun daripada gerabak.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan pada 7.50 malam dan jentera pertama tiba 10 minit kemudian.

"Operasi menyelamat mengambil masa selama sejam dan membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba Pusat dan Sentul, katanya ketika dihubungi Bernama.

Wanita yang cedera itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

BERNAMA

Rencana Utama!»

Natrah mengubah fasa hidup Fatini

FATINI mengabdikan gambar kenangan bersama Natrah ketika menemuinya di Amerika Syarikat lebih 20 tahun lalu.

Stailo!»

Ledakan hangat dua jejaka

SAFWAN dan Haikal berkongsi impian yang sama untuk beraksi di pentas runway MFW.

Varia!»

Usaha Malaysia banteras rasuah

PAUL LOW SENG KUAN mempengerusikan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus peringkat kebangsaan.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31