STAILO

Jean sendat paras buku lali

Jean sendat paras buku lali


BUTIK Levi's menyediakan pakar terlatih yang akan membantu wanita memilih seluar jean yang ideal.


TAMPIL ceria bersama seluar Ankle Skinny rona coklat yang dipadankan dengan sepatu nuansa merah. Mengambil mood musim bunga yang sarat dengan elemen ceria dan berwarna-warni, jenama denim antarabangsa Leviís, memperkenalkan koleksi terbaharu Curve ID khas buat golongan wanita yang gemarkan gaya seksi dan kasual.

Sejak Leviís Curve ID dilancarkan di pasaran Malaysia pada tiga tahun lalu, sambutan terhadap koleksi jean berkenaan cukup mengalakkan.

Leviís ID berbeza jika dibandingkan dengan seluar jean yang sedia ada di pasaran. Ia dihasilkan menggunakan sistem khas padanan revolusioner yang diukur mengikut ukuran dan bentuk pinggul serta punggung badan si pemakai bukan ukuran saiz pinggang semata-mata.

Menurut kajian global yang dijalankan oleh Levi Strauss & Co., seluar jean menduduki tempat ketiga dalam senarai pakaian yang digeruni kelompok wanita, selain baju mandi dan coli.


WARNA merah jambu lembut antara koleksi Levi's Curve ID Ankle Skinny sempena musim bunga 2012.


ďBagi kami Leviís Curve ID, adalah seluar jean yang sebenar kerana ia direka mengikut bentuk badan wanita meskipun mereka bersaiz 24 ataupun 29,Ē jelas Pengarah Komersial untuk Levi Strausss Malaysia, Anitha Narayanan mengenai keistimewaan seluar Leviís Curve ID.

Bersempena dengan kempen musim bunga 2012, Leviís Curve ID tampil dengan koleksi Ankle Skinny iaitu seluar jean potongan sendat paras buku lali. Selain warna biru gelap, koleksi itu turut hadir dalam warna merah jambu, coklat lembut dan biru laut.

Menariknya mengenai seluar jean Ankle Skinny, wanita bebas untuk suai padankannya bersama kemeja atau blaus potongan longgar polos atau bercetak. Ini termasuklah menyerlahkan keunikan potongan seluar dengan padanan baju-T.

Jika ingin kelihatan ceria, sarungkan sepatu warna terang atau bercorak fauna, polka dot mahupun jalur.


TAMPIL ceria bersama seluar Ankle Skinny rona coklat yang dipadankan dengan sepatu nuansa merah.


Dari aspek potongan dan lengkungan pula, koleksi Leviís Curve ID, Ankle Skinny dihasilkan dalam beberapa kategori utama. Ia terdiri daripada jenis iaitu:

Slight Curve

Ia direka untuk potongan badan yang lurus bagi menonjolkan pinggang wanita dan menyerlahkan lentik tubuh. Seluar ini ideal digayakan oleh wanita yang selalu berhadapan dengan masalah seluar jean yang selesa di bahagian pinggul dan paha tetapi terlalu ketat di bahagian pinggang.

Demi Curve

Demi Curve pula direka untuk mengecilkan pinggang wanita dan mencantikkan bentuk tubuh. Ia antara pilihan yang tepat buat wanita yang ingin tampak ramping di bahagian pinggang, pinggul dan punggung.

Bold Curve

Bold Curve direka untuk mengecilkan ping

Infiniti!»

Beli tiket dengan mudah dan cepat

KAKITANGAN CatchThatBus, Nadiah Syazana Abdullah menunjukkan cara pembelian tiket menggunakan aplikasi di telefon pintar.

Varia!»

Rawatan bekam ketika berpuasa

BERBEKAM ketika berpuasa paling sesuai dilakukan antara pukul 7 pagi hingga 11 pagi.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0