SUKAN

Pemain pilihan hilang arah

Pemain pilihan hilang arah


PETER HANSON dari Sweden muncul pendahulu Kejohanan Golf Masters AS selepas berakhir hari ketiga kelmarin.


AUGUSTA, Georgia - Pemain bukan pilihan dari Sweden, Peter Hanson merampas kedudukan pendahulu pada hari ketiga Kejohanan Golf Masters Amerika Syarikat (AS), kelmarin ketika pemain-pemain pilihan terus hilang arah.

Nama-nama besar seperti Tiger Woods dan Rory McIlroy jelas semakin tenggelam apabila ketinggalan jauh di belakang Hanson yang melakukan tujuh bawah par 65 pada hari ketiga yang penuh drama untuk mengumpul jumlah pukulan sembilan bawah par keseluruhan.

Berada satu pukulan di belakang Hanson, 34, ialah Phil Mickelson, diikuti pemain Afrika Selatan, Louis Oosthuizen yang ketinggalan dua pukulan dan Bubba Watson, tiga pukulan di belakang.

Tempat keempat dengan lima bawah par keseluruhan ialah Matt Kuchar, manakala Hunter Mahan, Henrik Stenson, Lee Westwood dan Padraig Harrington berkongsi tempat kelima dengan empat bawah par.

Woods yang diramal menggegar kali ini, ternyata gagal menyerlah apabila mengumpul tiga atas par selepas hanya mampu melakukan pukulan par pada hari ketiga.

Ini sekali gus menyaksikan impiannya untuk menyarung Jaket Hijau selaku juara Masters AS buat kali kelima semakin pudar apabila ketinggalan 12 pukulan di belakang Hanson.

Turut menerima nasib malang ialah McIlroy. Walaupun pada awal saingan nampak meyakinkan tetapi persembahannya terus merosot sedikit demi sedikit .

Daripada hanya satu pukulan di belakang pendahulu, McIlroy kini ketinggalan 11 pukulan di belakang Hanson apabila mengumpul dua atas par keseluruhan. - AFP

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 2578