NEGARA

Kecewa dengan kerajaan Selangor

Kecewa dengan kerajaan Selangor


SEBAHAGIAN penduduk Blok 1 dan 2 Pangsapuri Teratai, Bukit Subang, Shah Alam mengadakan bantahan terhadap kerajaan Selangor semalam.


SHAH ALAM - Penduduk di Blok 1 dan 2 Pangsapuri Teratai, Bukit Subang di sini melahirkan rasa tidak puas hati dengan kerajaan Selangor apabila kerja-kerja membaiki bumbung pangsapuri itu yang rosak teruk akibat dilanda ribut pada Februari lalu seperti 'melepas batuk di tangga'.

Dakwa mereka, walaupun kerja-kerja membaiki sudah siap dijalankan oleh kontraktor baru-baru ini namun kebanyakan rumah di tingkat lima sering dimasuki air setiap kali hujan lebat berikutan atap yang masih bocor sehingga turut merosakkan sistem pendawaian elektrik.

Penasihat Penduduk Blok 1 dan 2 pangsapuri itu, Ahmad Kurdubi Masduki berkata, peruntukan kerajaan negeri bernilai kira-kira RM480,000 untuk membaiki bumbung pangsapuri lima tingkat tersebut didapati tidak setimpal dengan kualiti kerja yang dilakukan.

"Selain bocor, kami bimbang jika bumbung usang yang tidak diganti baharu akan tercabut apabila dilanda angin kencang kerana bukan semua bumbung di pangsapuri ini telah ditukar seperti yang dimaklumkan kepada penduduk.

"Dua unit lampu limpah yang rosak di kawasan padang permainan kanak-kanak juga didapati tidak dibaiki," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama lebih 50 penduduk mengenai isu tersebut di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Infiniti!»

Projek robotik pelajar ke Rusia

REKA bentuk dan pembuatan struktur robot merupakan kaedah terbaik untuk menarik minat pelajar dalam bidang sains serta teknologi bermula di peringkat sekolah.

Varia!»

KLwyse imbau nostalgia silam

Pos Malaysia akan meraikan sambutan 160 tahun penggunaan setem di negara ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31