VARIA

Periksa label kandungan nutrisi

Periksa label kandungan nutrisi

PENGAMBILAN sayur-sayuran amat digalakkan selain ia boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, diabetes dan obesiti. - Gambar hiasan


PERCAYA atau tidak, hampir 74 peratus golongan ibu yang mempunyai anak yang berusia satu hingga tiga tahun di negara ini tidak mengamalkan pembacaan label makanan iaitu penyenaraian tahap kandungan nutrien di sesuatu produk makanan.

Lebih malang, ramai yang tidak menyedari kepentingan gabungan nutrisi kepada anak-anak mereka.

Mengikut tinjauan yang dilakukan Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM), pihaknya mendapati golongan ibu bapa hanya menitikberatkan pemberian susu yang mempunyai khasiat susu tumbesaran. Walau bagaimanapun, lebih daripada 80 peratus ibu tidak mengetahui langsung akan kandungan bahan tersebut.

Hasil kajian itu nyata dikesali Pengerusi NMM, Dr. Tee E Siong yang tampil mendedahkan kajian terbaharu itu.

Beliau menjelaskan, tidak ada sebarang nutrien dalam kelas khusus yang boleh membangunkan fizikal dan mental secara keseluruhan. Segala-galanya bergantung kepada kombinasi nutrien yang dihantar dalam nisbah yang secukupnya bagi menyokong perkembangan anak-anak.

Dalam pada itu, kajian sama juga mendedahkan, sebanyak 68 peratus ibu bergantung kepada cadangan kawan-kawan dan keluarga sebelum membeli susu untuk anak-anak mereka.

“Selepas ini, jika para ibu mahu membeli-belah, lihat apa yang anda beli. Baca kandungan label nutrisi. Periksa bagaimana kandungannya boleh memberi khasiat kepada anak-anak anda,” jelasnya.

Tidak mahu perkara itu berterusan, Tee memberi beberapa tip ketika membaca kandungan label makanan iaitu jangan membeli sesuatu makanan hanya dengan melihat pakej pembungkusan, sebaliknya membandingkan Panel Maklumat Nutrisi (NIP).

Selain itu, ketika membandingkan kandungan nutrisi antara jenama berbeza, seseorang boleh mengenal pasti nilai tinggi dan rendah kandungan nutrisinya.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa kandungan nutrien hanya boleh diukur dengan 100 gram (g) atau 100 mililiter (ml) bagi sesuatu produk. Begitupun, pengguna boleh merujuk kepada pakar pemakanan bagi mendapatkan panduan selanjutnya.


SEKIRANYA membeli-belah, pastikan barangan yang dibeli memberi khasiat kepada anak-anak dan keluarga anda.


Sementara itu, dalam kajian yang sama juga, hampir 81 peratus ibu menyedari tentang keburukan makanan segera dan minuman ringan.

“Itu satu perkembangan yang positif. Sekurang-kurangnya mereka mengetahui tentang keburukan kedua-dua jenis makanan berkenaan,” ujar Tee.

Turut hadir Pengarah Urusan Abbott Nutrition, Leah Hung, yang mengulas mengenai tahap kesedaran golongan ibu terhadap perkara itu.

“Jika sebelum ini terdapat dakwaan mengenai makanan kantin di sekolah punca kanak-kanak obesiti, ia sama sekali tidak berasas.

“Ia memandangkan makanan sihat bermula dari rumah. Untuk itu, ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak dengan merujuk kepada piramid panduan makanan,”jelasnya lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nutriweb.org.my.

Varia!»

Selera Malaysia di Manchester

MENU Malaysia di Ning telah disesuaikan mengikut selera rakyat Eropah.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15