VARIA

Teh hijau rahsia Libresse

Teh hijau rahsia Libresse

DUTA Libresse iaitu (dari kiri) Pamela Chong, Adibah Noor dan Vanessa Chong menunjukkan produk terbaharu tuala wanita jenama Libresse dengan haruman teh hijau yang menyegarkan.


PERNAH dengar tentang tuala wanita yang boleh menyerap bau haid anda, ataupun yang boleh mengeluarkan haruman teh hijau menyegarkan?

Libresse, jenama global penjagaan kebersihan wanita keluaran SCA, kini mengeluarkan produk inovatif baharu PureFresh Green Tea Odor Control yang menepati kedua-dua fungsi tersebut.

Produk unik itu memberi keyakinan kepada wanita seumpama rakan sejati yang dapat membantu menyedari potensi diri seterusnya membantu mereka mencapai kejayaan dalam hidup.

"Bagi sesetengah wanita, kedatangan haid merupakan pengalaman yang merunsingkan. Selain kekejangan dan perubahan mood, kebanyakan wanita tidak dapat menghindari masalah bau hanyir haid.

"Kita tidak begitu selesa dan rimas dengan bau ini walaupun realitinya ia tidak ketara kepada orang lain," kata Pengurus Kanan Pemasaran, SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn. Bhd., Faye Yong.

Tambahnya, situasi tersebut sering melemahkan keyakinan diri sekali gus membataskan pergerakan dan tingkah laku wanita.

"Kami di Libresse amat memahami hakikat bahawa pengguna hanya akan berasa selesa dan selamat sekiranya tidak ada sesiapa yang memerhati dan menyedari ketidakselesaan mereka.

"Justeru, berdasarkan keutamaan ini, kami melancarkan Libresse PureFresh Green Tea Odor Control iaitu rangkaian baharu yang bakal meningkatkan keyakinan diri untuk wanita lakukan apa saja yang mereka ingini," ujarnya.

Tidak bimbang

Ciptaan terbaharu itu dilengkapi ciri-ciri seperti OdorSeal, yang membantu mengawal bau tidak menyenangkan sementara pati teh hijau membebaskan haruman menyegarkan agar pemakainya tidak lagi dibayangi perasaan bimbang dan cemas.

Rangkaian produk itu direka menggunakan ekstrak Aloe Vera yang membantu melegakan kerengsaan dan menggalakkan kesuburan kulit. Produk itu dihiasi dengan corak bebunga, sekali gus menampilkan daya tarikan yang secocok dengan golongan muda.

Kesemua tuala wanita Libresse direka khas mengikut bentuk tubuh badan berasaskan teknologi dipaten serta reka bentuk cap dagang, Secure Fit dan Deep Flow Channels (DFC).

Kedua-dua ciri tersebut bergabung bagi menghasilkan konsep Libresse Kemas Selesa, Serapan Sempurna.

Rangkaian baharu itu didatangkan dalam pelbagai varian bagi menepati keperluan berbeza. Contohnya, Maxi untuk perlindungan normal, Slim untuk perlindungan padanan nipis, Ultra Thin untuk keyakinan semasa memakai baju sendat dan Maxi Night 32 sentimeter untuk kegunaan sepanjang malam dan aliran haid banyak.

Dalam pada itu, tuala wanita Libresse senang dibasuh sebelum dibuang.

"Selebriti duta Libresse seperti Yuna, Adibah Noor, Pamela dan Vanessa Chong merupakan contoh terbaik wanita Libresse yang menyerlahkan tahap keyakinan dan harga diri," sarannya.

Produk itu boleh didapati di kebanyakan pasar raya, kedai serbaneka, farmasi, pasar mini dan kedai runcit di seluruh Malaysia pada harga RM3.30 bagi pek biasa dan RM5.80 bagi pek besar.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web www.libresse.com.my atau melalui www.facebook.com/LibresseMalaysia. - NURUL IZZA ROSLY

Pesona!»

Jalani hidup sebagai penghidap kanser

ujian mamogram perlu dilakukan golongan wanita setahun sekali terutama yang berumur 40 tahun ke atas. – Gambar hiasan

Varia!»

Berhutang dalam Islam

ISLAM tidak melarang umatnya berhutang tetapi perlu melalui kontrak yang berlandaskan syarak.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0