KOMUNITI KITA

Koperasi Kampung Bemban usahakan tanah terbiar

Koperasi Kampung Bemban usahakan tanah terbiar


MOHD. FUAD (duduk, kiri) dan Yunus (duduk, dua dari kiri) bergambar dengan ahli koperasi di Kampung Bemban, Kuala Pilah baru-baru ini.


KOPERASI. Penduduk Kampung Bemban, Kuala Pilah menubuhkan koperasi bagi mengusahakan tanah terbiar di kampung itu untuk membantu meningkatkan pendapatan penduduk.

Koperasi Pembangunan Kampung Bemban Kuala Pilah Berhad akan menyelaras tanah-tanah terbiar di kampung itu untuk aktiviti pertanian seperti kelapa sawit, getah dan tanaman kontan lain.

Pengerusinya, Mohd. Fuad Mohd. Thani berkata, koperasi tersebut akan membantu daripada segi modal dan khidmat nasihat berhubung teknik pertanian moden.

"Dengan adanya koperasi, ahli boleh memohon pinjaman dan kita akan memberikan khidmat nasihat untuk mengusahakan tanah mereka," katanya pada majlis pelancaran koperasi itu oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat di Kuala Pilah baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Senaling, Datuk Ismail Lasim.

Rencana Utama!»

Tidak tidur 36 jam urus tren pada musim haji

MASNIZAM sedang mendengar dan melihat penerangan dari kakitangannya mengenai gerabak kereta api.

Varia!»

Pereka muda Limkokwing tunjuk bakat

Pertunjukan Minggu Fesyen Limkokwing ini bagi membentuk pereka-pereka muda yang berkemahiran, berkeyakinan dan inovatif.

[email protected]!

Process time in ms: 46