TERKINI

Empat anggota geng samun restoran ditahan

Empat anggota geng samun restoran ditahan

02/04/2012 8:39pm

KUALA LUMPUR Empat daripada lima suspek yang dipercayai menyamun sebuah restoran makanan segera di Pasar Raya Tesco, Kepong pagi semalam ditahan kira-kira 16 jam selepas kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, suspek berumur antara 18 dengan 20 tahun ditahan kira-kira 11 hingga 12 malam tadi hasil maklumat orang ramai.

Mereka ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Baru, Sungai Buloh.

Seorang lagi suspek tiada di rumah itu ketika serbuan dilakukan.

Dalam kejadian samun 7 pagi itu, suspek melarikan wang tunai RM2,300 ketika kakitangan restoran itu sedang membuat persediaan membuka perniagaan pada hari tersebut.

"Kita masih mengesan seorang lagi suspek. Identitinya kita sudah kenal pasti. Kesemua suspek merupakan lelaki tempatan dan juga bekas pekerja restoran makanan segera itu, kata Zakaria dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Zakaria berkata, dengan tertangkapnya empat suspek tersebut, polis percaya berjaya menyelesaikan tiga lagi kes samun premis restoran segera di sekitar Petaling Jaya, Kepong dan Sungai Buloh. BERNAMA

Rencana Utama!»

Tingkatkan pendapatan penternak

PROGRAM Pembangunan Tenusu di Vietnam bertujuan untuk mengoptimumkan keuntungan.

Pemotoran!»

HLYM kukuhkan saingan motosikal kuasa tinggi

CH Ng (tengah) bersama dua pelumba pasukan Yamaha MotoGP turut menyertai majlis pelancaran model MT-07 di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Horizon!»

Percutian santai di bumi Perlis

PARA pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makanan kepada burung unta di Taman Agro-Lancong.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15