NEGARA

IPT disaran tawar kursus baharu

IPT disaran tawar kursus baharu


MUHYIDDIN (duduk kanan) bermesra dengan beberapa pengunjung di salah sebuah pusat pameran selepas majlis perasmian penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) 2012 - Jom Masuk U di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Institusi pengajian tinggi di negara ini disaran menawarkan kursus-kursus baharu yang relevan dengan dasar transformasi negara khususnya dalam bidang berkaitan dengan 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, tawaran pengajian juga perlu diperluas kepada kursus-kursus yang mempunyai rantaian nilai ekonomi lebih tinggi seperti perbankan Islam, sains kesihatan, kejuruteraan termaju, sains dan inovasi, hospitaliti dan pelancongan.

“Penawaran kursus tersebut seiring dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan berkemahiran tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) 2012 - Jom Masuk U di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah.

Karnival yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu berlangsung selama dua hari sehingga hari ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Keterujaan merekod spesies burung

Aksi sekumpulan jurugambar ketika merakam spesies burung yang ditemui di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor baru-baru ini.

Varia!»

Menangani kes buli di tempat kerja

Seorang ketua yang melemparkan kata-kata kesat kepada orang bawahannya boleh dianggap sebagai buli secara fizikal. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47