HIBURAN

Jual nasi lemak untuk survival

Jual nasi lemak untuk survival




DIA pernah tampil dalam dua buah filem, Sini Ada Hantu dan Tolong! Awek Aku Pontianak. Baru-baru ini, kelibat anak muda yang dikenali sebagai Suffian Mohamed ini terlihat sebagai salah seorang pelakon pembantu dalam filem Bunohan.

Di kaca televisyen, Suffian yang mudah dibahasakan Pian itu sedang memanggil penonton TV9 untuk sama-sama menyaksikan debaran dalam Pulau, sebuah drama arahan Azma Aizal Yusof. Dia juga pernah bertindak sebagai pelakon lagak ngeri untuk dua filem besar, Hikayat Merong Mahawangsa dan Misteri Jalan Lama. Melihat kepada isi profilnya, Suffian sepatutnya sudah tidak kekok untuk mengakui dirinya seorang pelakon.

Kali terakhir ke lokasi sekitar Januari lalu untuk Pulau, sehingga hari ini, sudah hampir tiga bulan Suffian tidak didatangi mana-mana tawaran lakonan.

“Mungkin sebab kurang promosi dan tiada publisiti atau sebab saya sendiri yang kurang terdedah dengan media menyebabkan saya kurang dikenali.

“Apa boleh buat, terpaksalah kena tunggu sikit masa lagi. Selama ini pun saya banyak berlakon dengan kawan-kawan sahaja, penerbit dan pengarah lain mungkin belum kenal kemampuan saya,” katanya tidak sesal menceburi bidang seni.

Drama misteri lapan episod, Pulau disiarkan setiap Rabu pukul 10.30 malam dan diulang siar setiap hari Ahad pada waktu yang sama di TV9. Mengharapkan impak drama televisyen pertama lakonannya itu untuk membuka mata ramai, sayangnya, graf karier Suffian sebagai pelakon masih tidak menunjukkan hasil.

“Itu drama terakhir yang saya lakonkan setakat ini. Saya okey sahaja, tidak mengeluh pun sebab saya masih boleh hidup dengan menjual nasi lemak,” ujar seperti berseloroh.

Meminta satu penegasan daripada pengakuannya itu, Suffian sejujurnya mengaku tidak malu untuk memberitahu umum bahawa dia kini berniaga nasi lemak untuk menampung kos hidup di kota. Dia bukan sekadar bergurau.

“Benar, saya tak malu pun berniaga nasi lemak. Sementara tiada tawaran sekarang ini, baik saya berniaga. Saya kongsi bersama rakan serumah yang juga pekerja bebas dalam industri, kami masak sendiri dan buka gerai jual nasi lemak ayam berempah di kawasan kediaman saya di Kepong. Saya memang suka memasak, lagipun jual nasi lemak boleh beri pendapatan sekitar RM300 sehari buat saya, okeylah,” ceritanya.

Seperkara menarik mengenai Suffian, walaupun kurang dikenali tetapi setiap kali muncul di kaca televisyen mahupun filem, dia berada dalam kelompok pelakon dan pembikin yang hebat di mata umum.

Jelas Suffian, dia memegang watak Pian Komando dalam Pulau. “Pian Komando sebenarnya tidak berjaya menamatkan latihan komando yang dijalani atas sebab peribadi. Dia bekerja dengan sebuah agensi pelancongan. Dalam cerita itu, dia diarahkan majikannya untuk membawa sekumpulan pemenang hadiah percutian ke Pulau Sanggar. Niatnya sedikit terpesong kerana terpengaruh dengan dakwaan bahawa di pulau tersebut tersimpan harta karun yang bernilai.

“Dalam cerita itu, Pian cuba berlagak garang dan merasakan dia lebih bagus berbanding budak-budak lain,” katanya yang berasal dari Mersing, Johor.

Tidak seperti sahabat baiknya, Zahiril Adzim yang memang mengikuti pengajian dalam bidang seni, Suffian pula memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan daripada Kolej Legenda, Negeri Sembilan. Dia pernah berkhidmat selama dua bulan sebagai jurutera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berhenti kerana tidak berminat.

Rencana Utama!»

Tingkatkan pendapatan penternak

PROGRAM Pembangunan Tenusu di Vietnam bertujuan untuk mengoptimumkan keuntungan.

Pemotoran!»

HLYM kukuhkan saingan motosikal kuasa tinggi

CH Ng (tengah) bersama dua pelumba pasukan Yamaha MotoGP turut menyertai majlis pelancaran model MT-07 di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Horizon!»

Percutian santai di bumi Perlis

PARA pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makanan kepada burung unta di Taman Agro-Lancong.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15