HIBURAN

Penampilan terkini Rain

Penampilan terkini Rain


RAIN


SEJAK menyertai program kerahan tenaga, berita mengenai penyanyi Rain terhenti serta-merta sehingga membuatkan ramai peminatnya rindu.

Namun, baru-baru ini dia kembali ke pentas nyanyian buat pertama kalinya. Menurut soompi.com, Rain yang kini bergelar tentera selebriti muncul dalam Seoul Peace Music Festival 2012 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada minggu lalu.

Itu bukan penampilan pertamanya sejak berada dalam kem apabila Rain terlebih dahulu tampil menerusi Vietnam Friendship Concert pada dua minggu lepas.

Konsert terbaharunya merupakan pertemuan pertamanya dengan peminat di negara asal penyanyi tersebut.

Rain yang popular menerusi drama bersiri Full House itu masih kelihatan masih mesra dengan peminatnya walaupun sudah lama tidak mengadakan konsert.

Pesona!»

Khidmat eksklusif, lebih privasi

Pelanggan diberikan rawatan di bilik yang kondusif sambil diiringi muzik.

Varia!»

Bahana apabila mulut celupar

PENGACARA radio BFM, Aisyah Tajuddin menerima kecaman teruk ekoran video klipnya yang mengkritik secara sinis undang-undang hudud baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31