DIVA INTERAKTIF

Arja ketagih berlakon

Arja ketagih berlakon


ARJA LEE


TAK sabar berkongsi gembira, pelakon filem Dalam Botol, Arja Lee rupa-rupa tengah menghitung hari untuk kembali ke lubuk. Lubuk apa? Lubuk lakonanlah, dia sekarang masih belajar ke Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.

Kata kawan Diva, Cik Suezz, Arja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dan majlis konvokesyen dijangka pada September nanti.

Dengarnya, Arja sekarang tengah berusaha nak menyunting tunangan orang, si Farhan AF untuk jadi pasangannya. Eh, pasangan apa pula ni Arja? Sebenarnya Farhan akan dijemput Arja sebagai salah seorang pelakon untuk projek akademik terakhirnya, sebuah muzikal berjudul Kasanova. Arja juga akan panggil Azrul RL untuk berlakon dengannya. Kelas! Buat tugasan akademik panggil artis lagi.

"Saya sebenarnya tak sabar dah nak berlakon lagi, tempoh dah nak habis belajar begini, banyak pula tawaran berlakon yang best-best, tapi sayang saya tak boleh bagi komitmen sebab masih di USM," katanya pada teman Diva.

Tamat pengajian nanti, Arja kata, dia nak sambung pengajian peringkat sarjana sebab dia bercita-cita nak jadi pensyarah seni. Tinggi dan gigih bercita-cita si Arja ni. Tak sangka, dulu dia penari sambilan sahaja.


Diva: Dengarnya muzikal Gerimis Mengundang di Istana Budaya memang mengundang air mata!

Infiniti!»

Projek robotik pelajar ke Rusia

REKA bentuk dan pembuatan struktur robot merupakan kaedah terbaik untuk menarik minat pelajar dalam bidang sains serta teknologi bermula di peringkat sekolah.

Varia!»

KLwyse imbau nostalgia silam

Pos Malaysia akan meraikan sambutan 160 tahun penggunaan setem di negara ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16