GARAJ

Ranger Rover Evoque Convertible

Ranger Rover Evoque Convertible


MODEL ini dilihat cuba meneroka pasaran SUV convertible premium.


LAND ROVER telah memperkenalkan kepada umum model konsep Range Rover Evoque Convertible pada Geneva Motor Show 2012 lalu.

Model tersebut dijangka meneroka potensi SUV convertible premium pertama di dunia. Kereta konsep itu dibina di atas model Evoque Coupe yang mendapat sambutan hangat, selain meneruskan tradisi Land Rover yang gemar mencipta segmen pasaran baharu.

Jentera tersebut dipamerkan untuk menilai reaksi dan menilai potensi adakah ia bakal menjadi satu produk baharu buat Land Rover.

Ia dibangunkan oleh pasukan Rekabentuk Land Rover yang diketuai pengarahnya, Gerry McGovern.

Model konsep itu menampilkan sistem bumbung lembut yang boleh dilipat sepenuhnya menggunakan Roll Over Protection System [ROPS].

"Evoque memberi idea untuk mencipta sebuah convertible. Ia bukanlah satu rekabentuk convertible tradisional. Sebaliknya, kami mengambil kira bentuk dan garis sedia ada pada Evoque demi mengekalkan keunikannya," kata McGovern. - Newspress

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 32