TERKINI

KL pertahan juara kejohanan bola jaring remaja

KL pertahan juara kejohanan bola jaring remaja

25/03/2012 5:27pm

KUALA LUMPUR— Pasukan Kuala Lumpur terus mempertahankan gelaran juara setelah berjaya menewaskan pasukan Kedah pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan ke-28 di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.

Juara lapan kali berturut-turut itu menumpaskan Kedah 57-28 dan seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kejohanan tahunan itu.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari turut menyaksikan Selangor menduduki tempat ketiga selepas menundukkan Pahang 62-42.

Pada kejohanan itu, Nor Atikah Abu Hassan dari Kedah menerima anugerah pertahanan terbaik, Nurul Adha Abu Bakar dari Kuala Lumpur menerima anugerah penyerang terbaik manakala penjaring terbanyak dimenangi oleh Nur Ain Omar dari Kuala Lumpur yang menjaringkan 194 mata.

Pemain terbaik kejohanan turut disandang oleh Kuala Lumpur, Nur Syafazliyana Mohd Ali dan Sabah merangkul ”Pingat Fair Play”.— BERNAMA

Process time in ms: 16