SUKAN

Leopard, Tiger ke separuh akhir

Leopard, Tiger ke separuh akhir


KETUA jurulatih perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek (kanan) memberikan kata-kata semangat kepada Liew Daren di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur semalam.


DUA pasukan negara, Malaysia Leopard dan Malaysia Tiger mengesahkan slot ke separuh akhir lebih awal pada Kejohanan Badminton Piala Axiata 2012 semalam.

Kedua-dua pasukan ini mara selepas berjaya mencatat kemenangan kedua pada perlawanan masing-masing.

Malaysia Leopard yang dibarisi pemain skuad bawah 21 tahun (B-21) mencipta kejutan apabila menewaskan Vietnam 2-1 pada aksi Kumpulan J di Stadium Tenis Tertutup Senayan, Jakarta.

Juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli berkata, semangat berpasukan tinggi yang dipamerkan barisan pemain muda negara menjadi elemen penting terhadap kejayaan menumbangkan Vietnam semalam.

"Kami (pemain-pemain B-21 negara) memang sentiasa memberi sokongan sepenuhnya antara satu sama lain. Kami mempamerkan persembahan dan tampil dengan corak permainan yang baik," kata Zulfadli.

Pada aksi menentang Vietnam itu, pemain perseorangan pertama, Misbun Ram- dan Misbun gagal dalam misi menyumbangkan mata awal buat skuad negara apabila tewas di tangan Nguyen Tien Minh 10-21, 15-21.

Namun, Malaysia Leopard berjaya menyamakan kedudukan hasil kemenangan beregu negara, Ow Yao Han-Chooi Kah Meng yang mengetepikan cabaran Bui Bang Duc-Dao Manh Thang 21-8, 21-8.

Zulfadli muncul wira apabila menghadiahkan mata kemenangan buat Malaysia Leopard selepas membenam cabaran Ngu- yen Hoang Nam 21-19, 16-21, 21-14.

"Saya sangat berpuas hati dengan corak permainan saya hari ini (semalam) kerana ia jauh lebih baik berbanding perlawanan semalam (kelmarin) ketika menentang pemain Singapura (Huang Chou).

"Saya menang dari segi mental kerana saya lebih tenang dan fokus untuk mengutip mata. Pihak lawan pula mahu cepat mendapatkan mata. Sebab itu dia banyak melakukan kesilapan," jelas Zulfadli.

Malaysia Leopard akan menentang Indonesia Garuda pada aksi terakhir bagi menentukan siapa akan bergelar juara dan naib juara Kumpulan J.

Bagaimanapun, kegembiraan Yao Han membantu skuad negara mencatat kemenangan ke atas Vietnam bertukar dukacita apabila pemain itu menerima perkhabaran yang bapanya meninggal dunia semalam.

Perkara itu disahkan oleh Pengurus Besar BAM, Kenny Goh dan menjelaskan bahawa badan induk itu akan melakukan persiapan untuk menghantar Yao Han pulang secepat mungkin.

Sementara itu, Malaysia Tiger turut cemerlang apabila menewaskan Thailand 3-0 pada aksi kedua Kumpulan K di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.

Mata pertama Malaysia Tiger disumbangkan menerusi Muhammad Hafiz Ha- shim yang menundukkan Boonsak Ponsana 21-19, 21-16

Persembahan tidak menentu beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong ternyata mencemaskan sebelum memasti- kan kemenangan awal buat skuad negara apabila mencatat kemenangan ke atas Maneepong Jongjit-Patiphat Chalardchalaem 25-27, 21-9, 21-15.

Perseorangan kedua negara, Liew Daren melengkapkan kemenangan skuad negara selepas menang ke atas Suppanyu Ravihingsanon 21-14, 21-18.

Rencana Utama!»

Tagih kehidupan baharu

Awal Muharam dijadikan titik permulaan kepada penghuni rumah pemulihan Perkid untuk mengubah kehidupan mereka.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16