TERKINI

Bilik AHU Mindef terbakar akibat litar pintas

Bilik AHU Mindef terbakar akibat litar pintas

22/03/2012 11:23pm

KUALA LUMPUR - Kebakaran kecil, dipercayai akibat litar pintas, yang berlaku di bilik Air Handling Unit (AHU) di tingkat tiga Kementerian Pertahanan (Mindef) di Jalan Padang Tembak di sini hari ini, mengakibatkan warga kementerian itu bertindak mengosongkan bangunan.

Satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek bergegas ke tempat kejadian pada kira-kira 3 petang setelah dimaklumkan terdapat kebakaran litar pintas di bilik berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, ketika pihaknya tiba ke lokasi kejadian, kebakaran telah dipadamkan warga kementerian menggunakan empat tong alat pemadam api jenis debu kering.

Sistem pesanan ringkas beliau kepada media juga menyebut tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Sementara itu, Mindef dalam satu kenyataan memaklumkan warganya diarah bersurai untuk kembali bertugas kira-kira setengah jam selepas kejadian.

Kenyataan itu juga memaklumkan kebakaran tersebut tidak mengakibatkan kerosakan premis, selain tidak ada kecederaan dilaporkan. BERNAMA

Rencana Utama!»

Sambal bilis ibu juadah istimewa Mohd. Faiz

MOHD. FAIZ SUBRI menerima ucapan tahniah daripada bintang bola sepak Brazil, Ronaldo selepas memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland,malam kelmarin. AFP

Horizon!»

Kolam mandi kanak-kanak pertama DBKL

Kolam mandi kanak-kanak mampu memuatkan sehingga 100 orang dalam satu-satu masa.

Process time in ms: 31