NEGARA

Najib hairan usul Lynas dibantah

Najib hairan usul Lynas dibantah


NAJIB menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Hun Baek (dua dari kiri) dan Mohd. Hasrul (kanan) pada Majlis Pelancaran SL1M di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

Perdana Menteri berkata, isu itu memerlukan satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian dan perlu ditangani semua pihak kerana ia membabitkan soal kepentingan rakyat serta negara.

"Ada beberapa isu dalam negara kita ini yang mesti kita tangani secara bipartisan, ini bukan soal politik, ini soal kepentingan rakyat dan negara.

"Kita mesti cari satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, saya tidak anggap ini sebagai isu yang seharusnya dibatasi pertimbangan politik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk silinder komposit LPG (SL1M) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Cabaran penggal kedua Rousseff

AKHBAR-AKHBAR Brazil melaporkan kemenangan Rousseff sebagai President Brazil ke-36.

Pesona!»

Bantu baiki taraf hidup wanita

KEMAHIRAN mengurut menjadi punca rezeki buat Saodah untuk menyara keluarganya.

Varia!»

Penceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN lian yang melibatkan penafian nasab terhadap anak yang dikandung akan dilakukan selepas kelahiran bayi tersebut. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32