TERKINI

Guru didakwa edar gambar lucah kepada remaja

Guru didakwa edar gambar lucah kepada remaja

15/03/2012 3:25pm

KUALA LUMPUR Seorang guru bahasa Inggeris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini atas pertuduhan mengedar gambar lucah kepada seorang remaja, dua tahun lepas.

C. Shanmuga, 32, didakwa mengedar gambar lucah kepada seorang remaja perempuan berumur 18 di Jalan GU 3/10, Taman Garing Utama, Rawang di sini antara 21 April hingga 27 April, 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 293 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Isa Nor membenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mei sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy manakala Shanmuga diwakili JRV. Ramjahen dan S. Satheesan. - BERNAMA

Rencana Utama!»

Budayakan tabiat melestari alam sekitar

Penyediaan beg beli-belah guna semula di kaunter juruwang menjadi alternatif kepada pelanggan sekiranya mereka tidak membawa beg beli-belah sendiri.

Varia!»

SESB bangun rantaian bekalan bahan binaan

Pemasaran terus bahan binaan untuk projek SPNB oleh anak syarikatnya dapat memastikan harga jualan kekal pada kadar ditetapkan dan mampu dimiliki golongan sasaran.

[email protected]!

Process time in ms: 46