TERKINI

Pasangan Sarawak juara beregu wanita boling

Pasangan Sarawak juara beregu wanita boling

15/03/2012 10:45am

PETALING JAYA – Pasangan elit Sarawak Jacqueline Jelene Sijore/Dayang Khairuniza Dhiyana Awang Jamalidon muncul juara beregu wanita Kejohanan Boling Antara Negeri ke-25, di sini hari ini, walaupun ketinggalan sebelum itu.

Mengakhiri dua permainan pertama di tempat ke enam selepas hanya mengumpul 799 jatuhan pin, pasangan itu kembali menguasai permainan dengan Jacqueline mencatatkan 1,253 jatuhan pin dan Dayang Khairuniza Dhiyana dengan 1,187, menjadikan mata terkumpul 2,440 sekali gus menyumbang pingat emas kedua Sarawak hari ini.

Pasangan Kuala Lumpur Cheryl Cheong/Sharon Koh yang mendahului pada dua permainan pertama meraih pingat perak dengan 2,436 jatuhan pin, sementara satu lagi beregu kebangsaan Zatil Iman Abdul Ghani/Siti Safiyah yang mewakili Selangor sekadar berpuas hati dengan gangsa apabila mengumpul 2,367 mata.

Selepas dua hari, Johor menguasai kutipan pingat dengan dua emas, satu perak dan satu gangsa, diikuti Pulau Pinang dengan dua emas serta satu gangsa, dan Selangor dengan dua emas.

Sebanyak 14 negeri akan bersaing bagi acara berpasukan pada hari terakhir esok sebelum menyertai Kejohanan Boling Kebangsaan ke-36 di venue yang sama. – BERNAMA

Rencana Utama!»

Kehamilan berakhir dengan pengguguran

KLINIK swasta di Hanoi menyediakan perkhidmatan menggugurkan bayi secara terbuka di premis mereka.

Pesona!»

Senaman tingkat stamina kanak-kanak

Persekitaran, susun atur dan peralatan yang digunakan dalam gimnasium Zac & Zibbo direka khas untuk keselesaan kanak-kanak.

Varia!»

Jutawan bumiputera Phyto Science

NUR FAZLIN FAHSYA (dua dari kanan) bersama rangkaiannya, Mkrich88 menjana pendapatan menerusi produk keluaran Pyhto Science.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15