NEGARA

242,294 'pengundi awal' pada pilihan raya umum

242,294 'pengundi awal' pada pilihan raya umum


ANGGOTA tentera adalah antara yang bakal menjadi pengundi awal pada PRU-13. - Gambar hiasan


KOTA KINABALU - Kesemua 242,294 pengundi pos akan secara automatik menjadi 'pengundi awal' pada pilihan raya umum akan datang, sekali gus memantapkan lagi ketelusan proses pilihan raya di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, daripada jumlah itu, 147,681 orang merupakan anggota tentera manakala 94,613 anggota polis.

Katanya, ini berikutan pelaksanaan peraturan baharu yang diperkenalkan buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

"Pengundian secara pos ini menimbulkan kontroversi seolah-olah undi pos tidak telus dan perkara ini telah dibawa dalam perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan setelah dipersetujui, SPR sendiri bersetuju mengendalikan pilihan raya awal.

"Proses pengundian awal ini sama juga dengan proses biasa iaitu tidak menggunakan sampul surat dan karung, cuma masa dan hari mengundi yang berbeza. Pengundian awal ini mungkin diadakan lebih awal iaitu dua atau tiga hari sebelum hari pengundian sebenar," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31