DIVA INTERAKTIF

Hutang Semerah Padi

Hutang Semerah Padi

KALAU nak bernanah dah lama bernanah telinga Diva. Ada sahaja rungutan pasal bayaran membabitkan teater Semerah Padi terbitan Keno Production. Kerja sudah selesai berbulan-bulan, tapi macam makan angin keluar asap!

Diva dengar pelbagai cara dilakukan oleh para pelakon dan kru untuk mendapat balik bayaran daripada Keno tetapi dia hanya mendiamkan diri. Malah semua SMS dan panggilan tidak dilayan.

"Ada yang sudah dapat bayaran sekitar 30 peratus. Kemudian dijanjikan bayaran selebihnya selepas tamat pementasan. Bila sudah tamat, janji dituntut tetapi tidak diendahkan. Ada yang sudah SMS, membuat panggilan tetapi pihak Keno membisu seribu bahasa. Kononnya ada yang dijanjikan pada sekian-sekian tarikh, tetapi bila sampai tarikh yang dijanjikan, sunyi sepi," ujar salah seorang pelakon yang sudah naik muak untuk menghubungi pihak Keno.

Dengar cerita, pementasan teater Semerah Padi dibikin untuk tebus kerugian Keno. Malah tenaga kerja yang sama telah bermurah hati untuk bekerja semula bersama produksi tersebut kerana termakan janji yang ditaburkan. Malangnya sampai hari ini, hampa belaka.


Diva: Rupanya pengacara Reza Mohamed tidak menjadi deejay stesen Suria FM. Dia hanya terlibat dalam satu temuramah.

Rencana Utama!»

Kita hanya ada 1,500 ekor tapir

Kurungan perlu dibersihkan setiap hari bagi memastikan tapir bebas daripada sebarang risiko dijangkiti penyakit.

Horizon!»

Cahaya memukau peneman larian

RIBUAN peserta daripada pelbagai peringkat umur mengambil bahagian dalam acara larian kali ini.

Varia!»

Keghairahan mengejar kejayaan akademik

PENDIDIKAN anak-anak merupakan perkara yang sangat penting bagi setiap ibu bapa. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47