TERKINI

Lelaki Vietnam ditemui mati ditetak

Lelaki Vietnam ditemui mati ditetak

07/03/2012 12:21pm

KUALA LUMPUR -- Seorang lelaki warga Vietnam ditemui mati dengan kesan tetakan pada seluruh badan di Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mayat lelaki berumur 20-an dan bekerja di kilang berdekatan itu ditemui orang ramai di sebuah lorong di belakang rumah kedai kira-kira 10.20 malam.

"Semasa polis tiba, lelaki itu berlumuran darah di seluruh badannya. Kita percaya dia ditetak dalam satu pergaduhan oleh suspek yang lebih dari seorang," katanya.

Arjunaidi berkata, polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian dan menolak kes itu bermotifkan samun kerana tiada barang berharga milik mangsa yang hilang.

Beliau berkata, mayat mangsa yang menghuni di sebuah rumah kedai berdekatan bersama isteri dan rakannya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -- BERNAMA

Rencana Utama!»

Biak Raja Sungai di habitat asal

Ikan kelah yang dipelihara di pusat Santuari Ikan Sungai Chilling belum jinak sepenuhnya dan agak sukar ditangkap menggunakan tangan.

Pemotoran!»

Supercar mewah Lotus Evora 400 lebih berkuasa

Lotus Evora 400 serba baharu ini adalah versi paling canggih dan berkuasa berbanding model terdahulu.

Varia!»

Bijaksana guna media sosial

Media sosial seperti Facebook perlu digunakan untuk menyebar kebaikan. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47