TERKINI

Pemandu bas henti-henti puas hati gaji baru

Pemandu bas henti-henti puas hati gaji baru

06/03/2012 5:52pm

MELAKA Gaji antara RM807 dan RM1,286 yang diterima pemandu bas henti-henti di Melaka berjaya mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna Negeri Datuk Ghazale Muhamad.

Beliau berkata, bahawa pembayaran gaji baru itu bermula bulan lepas setelah perkhidmatan bas henti-henti diambil alih oleh syarikat Panorama Melaka Culture & Tourism (PMCT) Sdn Bhd pada awal Februari lalu dan ia telah berjaya merubah kehidupan sebahagian besar pemandu bas berkenaan.

"Kita lakukan kaji selidik dan mendapati hampir semua pemandu berpuas hati dengan gaji dan layanan yang mereka terima, katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahaman Abdul Karim (BN-Pantai Kundor) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. BERNAMA

Varia!»

Perancangan pewarisan harta

PEWARISAN harta membolehkan kita membantu saudara-mara miskin atau anak angkat yang tidak dikategorikan sebagai waris dalam hukum faraid. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15