TERKINI

Terengganu teruskan program terapi methadone

Terengganu teruskan program terapi methadone

02/03/2012 4:39pm

BESUT — Jabatan Kesihatan negeri Terengganu akan meneruskan Program Terapi Gantian dengan Methadone sebagai usaha mengurangkan kemudaratan di kalangan penagih dadah jenis heroin dan morfin di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal negeri Dr A Rahman Mokhtar berkata, seramai 1,287 penagih mendaftar untuk mengikuti program itu dan daripada jumlah itu 867 daripadanya aktif menjalani terapi.

"Kita masih menganggap rawatan melalui program itu relevan kerana bukan sahaja kosnya amat rendah malah mendapat sambutan penagih untuk mengikuti program rawatannya tanpa masalah,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melepaskan peserta Kembara Sihat Tanpa AIDS 2012 membabitkan 200 peserta dengan 70 kenderaan dari Terengganu Ke Perlis di Jerteh Souq di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Anwa Sulaiman.

Dr A Rahman berkata, sehingga Disember lepas, terdapat 14 pusat terapi itu di negeri ini dengan enam daripadanya beroperasi di hospital, tujuh di klinik kesihatan dan satu di penjara.— BERNAMA

Rencana Utama!»

Cabaran penggal kedua Rousseff

AKHBAR-AKHBAR Brazil melaporkan kemenangan Rousseff sebagai President Brazil ke-36.

Pesona!»

Bantu baiki taraf hidup wanita

KEMAHIRAN mengurut menjadi punca rezeki buat Saodah untuk menyara keluarganya.

Varia!»

Penceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN li’an yang melibatkan penafian nasab terhadap anak yang dikandung akan dilakukan selepas kelahiran bayi tersebut. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32