TERKINI
Kerjasama UniKL-LSE-SBS tahun ini
KUALA LUMPUR — Universiti Kuala Lumpur (UniKL), anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (Mara), akan mengadakan kerjasama dengan London School of Economics (LSE) dan Said Business School, University of Oxford, United Kingdom (UK) tahun ini.
Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerjasama itu akan membabitkan pengambilan khidmat pensyarah dari LSE dan Said Business School dalam menambahkan kursus yang ditawarkan UniKL sekarang.
"UniKL juga merancang untuk menawarkan program MBA (Master of Business Administration), dan mahu mendapat khidmat pensyarah dari Said Business School untuk berkhidmat di UniKL pada masa depan,” katanya.
Bagaimanapun, kursus MBA itu masih di peringkat cadangan, katanya.
Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan ulangtahun Mara ke-46 dan ulangtahun UniKL ke-10 di kampus UniKL British Malaysia Institute (BMI), Gombak, dekat sini, hari ini.
Dalam pada itu, UniKL akan mengadakan kursus baru iaitu program Senior Executive Programme yang dijadualkan bermula pada bulan Julai tahun ini (2012), ia adalah hasil kerjasama dengan London Business School, katanya.
Katanya, kerjasama dengan tiga institusi pengajian tinggi terkemuka UK itu dapat menambah kualiti pendidikan UniKL dan pada masa yang sama menawarkan pilihan kepada penuntut untuk mengambil kursus yang disukai mereka. BERNAMA
Rencana Utama!»

Karya manual hanya guna sebatang pensel
Lebih 30 jenis pen jenis artline daripada sehalus 0.1 hingga setebal 0.8 digunakan untuk menyiapkan satu-satu lakaran.
Varia!»

Ledakan gelombang pemasaran digital
Model perniagaan ini hanya menyediakan platform yang menemukan penjual dengan pembeli dalam aplikasi digital. – Gambar hiasan




