TERKINI

Perkhidmatan teksi elak kesesakan di HRPZII

Perkhidmatan teksi elak kesesakan di HRPZII

26/02/2012 4:21pm

KOTA BHARU — Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) memperkenalkan perkhidmatan kereta sewa kepada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di hospital itu.

Pengerusi Anggota Lembaga Pelawat hospital itu, Datuk Fatmi Che Salleh berkata, idea itu diilhamkan Pengarah HRPZII, Datuk Dr. Ghazali Md. Hassan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas serta mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di hospital itu.

"Sebagaimana yang kita tahu, HRPZII telah berkembang dan tidak lagi dapat menampung jumlah pesakit yang ramai hingga menyebabkan kekurangan tempat meletak kenderaan.

"Justeru, langkah yang dibuat oleh pengurusan hospital ini adalah amat baik sebagai salah satu kaedah terbaru untuk menambahbaik perkhidmatan kepada pesakit,” katanya selepas merasmikan Perkhidmatan Kereta Sewa HRPZII di Perkarangan Dewan Bersalin HRPZII, di sini hari ini.

Fatmi berkata, HRPZII bekerjsama dengan Persatuan Kereta Sewa Buluh Kubu di sini, bagi merealisasikan perkhidmatan itu dan sebanyak 10 buah kereta sewa telah beroperasi bagi tujuan itu.

Menurut beliau, satu jawatankuasa kecil juga akan ditubuh bagi memantau perkhidmatan itu supaya ia dapat ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan kereta sewa itu boleh menghubungi talian 014-5025928. — BERNAMA

Stailo!»

Rentasan karier Anaabu, Nur Safira

Nur Safira dan Ana ialah bakat mentah industri fesyen yang masih digilap keistimewaannya.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16