TERKINI

SSP: Orang Asli pertama menang Mercedes

SSP: Orang Asli pertama menang Mercedes

25/02/2012 9:32pm

SEREMBAN – Sapiah Apeng, 45, tidak menyangka Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM10 yang dibelinya di pejabat BSN Triang, Pahang pada September 2011 berjaya meraih hadiah utama cabutan untuk bulan Januari 2012.

"Memang saya tidak menyangka akan menangi hadiah utama sebuah kereta Mercedes Benz yang bernilai lebih RM300,000, tambahan pula saya beli SSP itu setelah didesak oleh pegawai BSN berkenaan.

"Apabila pihak BSN memaklumkan saya berjaya memenangi kereta mewah itu untuk cabutan SSP bagi bulan Januari tahun ini, saya terkejut dan tidak percaya. Apa pun saya rasa amat gembira dengan kemenangan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis cabutan SSP untuk bulan Februari 2012 di Terminal 2, di sini, hari ini.

Sapiah yang masih bujang dan seorang penoreh getah merupakan Orang Asli dari keturunan Semelai dan tinggal di Kampung Bukit Gemuroh, Kerayong, Triang, Pahang.

Ditanya sama ada dia akan menggunakan kereta itu atau menjualnya, Sapiah berkata, dia belum membuat keputusan lagi. – BERNAMA

Rencana Utama!»

Himpunan 1,200 syarikat pertahanan

Seorang petugas pameran menunjukkan robot pemusnah bom jenis Mk3 Caliber buatan Kanada.

Stailo!»

Empat varian kasut tapak lembut

Antara koleksi kasut bayi Freddie The Frog yang terdapat di pasaran.

Varia!»

Preskripsi hijau rawat masalah psikiatri

Tapak semaian yang diusahakan oleh para peserta di taman rehabilitasi di SLU, Alnarp, Sweden.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47