NEGARA

Kemuncak festival malam esok

Kemuncak festival malam esok


KUMPULAN Malwa Sabhyacharak Club dari India muncul dengan gaya tersendiri semasa membuat persembahan di Kuala Kangsar malam kelmarin.


IPOH – Orang ramai dipelawa memeriahkan siri jelajah terakhir Festival Dram Dunia Royal Belum 2012 yang bakal berlangsung di kawasan Lapangan Terbang Gerik malam esok.

Kesemua kumpulan dram yang menyertai festival tahunan itu dijangka membuat persembahan masing-masing bermula pukul 8.45 malam.

Pengurus Acara Kilauan Unggul E2 Events Sdn. Bhd., Ruzaini Abdul Razak (gambar kecil) berkata, acara kemuncak selama tiga jam itu akan turut diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

“Kita berharap penduduk khususnya di daerah Hulu Perak tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan bertenaga kumpulan dram tempatan dan antarabangsa yang mengambil bahagian.

“Tiada bayaran masuk dikenakan dan kita berharap kawasan lapang yang menjadi lokasi acara akan dibanjiri penonton,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Cabaran penggal kedua Rousseff

AKHBAR-AKHBAR Brazil melaporkan kemenangan Rousseff sebagai President Brazil ke-36.

Horizon!»

Percutian santai di bumi Perlis

PARA pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makanan kepada burung unta di Taman Agro-Lancong.

Varia!»

Penceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN li’an yang melibatkan penafian nasab terhadap anak yang dikandung akan dilakukan selepas kelahiran bayi tersebut. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0