TERKINI

Noradz Travel: 1,000 pohon dikembalikan wang

Noradz Travel: 1,000 pohon dikembalikan wang

24/02/2012 3:15pm

KUALA LUMPUR – Seramai 1,000 pelabur yang membuat pelaburan dalam syarikat Noradz Travel & Services hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Sesyen di sini untuk mendapatkan semula wang pelaburan mereka.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Rozana Ali Yusof menetapkan 28 Mei untuk sebutan kes bagi mengetahui status permohonan pelabur itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman mencadangkan kepada mahkamah supaya Bank Negara Malaysia (BNM) membahagikan kesemua pelabur itu kepada beberapa kumpulan berikutan terdapat ramai pelabur yang hadir.

"Ini menyukarkan mahkamah untuk mendengar keterangan mereka kerana terlalu ramai,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya BNM mengenal pasti status pelaburan kesemua pelabur itu dalam syarikat tersebut bagi mengelakkan sebarang penipuan.

Hari ini mahkamah dijadualkan mendengar notis tuntutan pelabur itu yang memohon supaya mahkamah memutuskan sama ada wang pelaburan itu perlu dikembalikan kepada pelabur atau diserahkan kepada kerajaan.

Pelabur itu membuat tuntutan tersebut selepas Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman penjara dan denda terhadap pemilik Noradz, Datuk Adzhar Sulaiman, 57, dan dua anak perempuannya Noradzma, 36, serta Noradzrin, 27, kerana menerima deposit tanpa lesen sah berjumlah lebih RM100 juta dan kegiatan pengubahan wang haram RM59 juta antara Julai 2006 dan Januari 2009. – BERNAMA

Infiniti!»

Perabot daripada kayu pain terpakai

KAYU pain disimpan rapi di dalam bengkel untuk mengekalkan ketahanannya sekali gus tidak mudah rosak.

Varia!»

Melahirkan jutawan bidang penternakan

SITI FATONAH (dua dari kanan) bersama Mohamad Jamil (dua dari kiri) di hadapan Akedemi Usahawan MJ Fatonah di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16