NEGARA

USM buat penyelidikan berkaitan haji di Mekah

USM buat penyelidikan berkaitan haji di Mekah


OMAR (kiri) semasa bertemu dengan Datuk Bandar Mekah, Dr. Osama Fadhul Al Bar di pejabatnya di Mekah baru-baru ini.


GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) bersedia memainkan peranan lebih aktif dalam penyelidikan berkaitan ibadah haji serta bekerjasama dengan beberapa universiti di Arab Saudi.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Omar Osman berkata, penyelidikan tersebut membabitkan aspek pengurusan sisa-sisa pejal, perubatan, kesihatan dan sistem pengawasan jemaah.

Bagi tujuan itu, pihaknya akan menggembleng kepakaran yang ada bagi faedah kepada umat Islam.

Menurut Omar, penyelidikan ibadah haji telah dilakukan USM sejak lima tahun lalu untuk kebajikan umat Islam seluruh dunia dengan kerjasama Universiti Umm Al-Qura dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

"Jalinan hubungan dengan institusi pengajian tinggi (IPT) di Arab Saudi merupakan kedua tertinggi bagi USM selepas IPT di Jepun," ujarnya dalam satu kenyataan dari Mekah kelmarin.

Beliau berkata demikian semasa bertemu Datuk Bandar Mekah, Dr. Osama Fadhul Al Bar dalam lawatan kerja ke negara itu baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31