TERKINI

10 cedera dalam serangan bom di Yala

10 cedera dalam serangan bom di Yala

14/02/2012 11:10am

BANGKOK Renjer terus menjadi sasaran serangan puak pemberontak di selatan Thailand, dan insiden terbaru menyaksikan dua anggota pasukan itu serta lapan sukarelawan cedera dalam satu serangan bom di Yala semalam.

Jurucakap polis berkata semua mangsa sedang meronda dengan menaiki sebuah pikap di daerah Bannang Sata apabila sebutir bom yang ditanam di tepi jalan meletup pada kira-kira 1.30 petang.

Kedua-dua anggota renjer itu dikenali sebagai Koperal Boonrit Boonkhan dan Koperal Weerayuth Kultammo manakala sukarelawan terbabit ialah Sakchai Senanoi, Wonlop Maneeworn, Koson Khienthong, Manuschai Panchon, Satien Tucharoon, Anusorn Petkongthong, Niya Ee dee Samaae dan Kriengkrai Kongsaeng.

Bom itu dipercayai diletupkan anggota kumpulan militan, kata jurucakap polis.

Renjer menjadi sasaran serangan di selatan Thailand sejak kebelakangan ini berikutan insiden empat orang awam didakwa mati ditembak anggota pasukan itu di Pattani lewat bulan lepas.

Lebih 4,000 orang maut sejak puak pemisah disyaki melancarkan semula gerakan bersenjata bagi memperjuangkan kemerdekaan tiga wilayah di selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lepas.

BERNAMA

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Varia!»

Sesal penderita HIV positif

SITI gemar berpeleseran di kelab malam sehingga dia akhirnya terjebak menjadi pelacur. Gambar hiasan

Process time in ms: 31