HIBURAN

Wawa sudah terkait gosip

Wawa sudah terkait gosip


WAWA pilih Que Haidar, Erra Fazira dan Wan Maimunah sebagai rujukan utama untuk mengenal istilah seni lakon dalam acuan penerimaan dan pasaran bergelar pelakon di Malaysia.


SEJUJURNYA apabila melihat sendiri wajah Wawa Zainal, dia tidak memerlukan gosip atau strategi pemasaran melalui kontroversi. Sepasang lesung pipit di pipi dan keramahan semula jadi sudah menempatkan Wawa dalam kategori yang menyenangkan.

Bersahaja dan manja, apa yang perlu Wawa Zainal kekalkan adalah asuhan dan tunjuk ajar daripada tenaga produksi serta sutradara.

Baru-baru ini, pelakon baharu yang muncul dengan filem Sumpahan Kum Kum bersama Fezrul Khan dan Shima Anuar ini terhambat bercinta dengan pelakon terkenal Shaheizy Sam. Sudah memang sifatnya bersahaja, Wawa menjawab selamba:

"Memang saya teringin nak bercinta dengan dia. Tapi, bercinta hanya dalam filem."

Wanita muda dari Lahad Datu, Sabah itu memulakan langkah dalam bidang lakonan pada Ogos tahun lalu.

"Waktu itu saya datang Kuala Lumpur untuk makan angin sahaja. Tak sangka profil yang dihantar mendapat perhatian untuk diberi watak dalam drama bersiri remaja, Klik," katanya sambil memberitahu selama ini dia tidak pernah berlakon untuk mana-mana syarikat produksi.

Wajah yang sedap dipandang ini punya rezeki tersendiri. Daripada hanya mencuba nasib kemudian berlakon beberapa adegan untuk filem, kini dia sudah terbabit dengan enam buah filem. Antaranya ialah Ajinomoto, Budak Pailang, Hantu Dalam Botol Kicap, Seram Sejuk dan Tiga Temujanji.

"Syukur alhamdulillah kerana daripada pengalaman dan ilmu kosong tentang lakonan, saya diberikan peluang dan kepercayaan oleh sutradara," ujarnya manja.

"Dekat rumah, saya cakap seorang diri dan tengok balik lakonan saya. Itu cara saya menaikkan kualiti lakonan. Saya turut bertanyakan orang tentang lakonan saya," ujarnya Wawa atau nama sebenarnya, Nurhawa Zainal Abidin.

Wanita muda berusia 20 tahun ini juga terlibat dengan drama bersiri bertajuk Cinta Buat Emelda dan berlakon sebagai teman wanita pelakon Fizo Omar.

"Saya bawakan watak teman wanita yang betul-betul gilakan teman lelakinya. Zalida iaitu karakter saya memang obses dengan teman lelaki dan ini juga satu cabaran buat saya," ujarnya tentang lakonan dalam drama bersiri 24 episod tersebut.

Menamakan Que Haidar, Erra Fazira dan Wan Maimaunah sebagai rujukan utamanya, Wawa mengaku dirinya masih mentah soal lakonan.

"Saya masih muda, banyak lagi yang perlu dipelajari. Sekaranglah masanya untuk saya berusaha memantapkan skil lakonan," ucap pelakon manis ini.

Rencana Utama!»

Ketibaan jenazah noktah penantian

ANGGOTA tentera melakukan upacara raptai di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai persediaan menerima jenazah mangsa nahas pesawat MH17.

Pesona!»

Suasana rumah lebih nyaman

BELKA menawarkan sebanyak 60 pilihan warna lapisan kapas dinding.

Varia!»

Pencarian bintang Dugrostar

PROGRAM Dugrostar memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi bintang menerusi rakaman seni persembahan.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31